Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday, December 31, 2015

Permulaaan Satu Inovasi Dalam Pendidikan

Inovasi dalam pendidikan....
Inovasi boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah 
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala 
invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang 
dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka 
ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, 
inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan 
pemeliharaan benih. 
Jadi Untuk Menghasilkan inovasi dalam pendidikan para guru harus kreatif dalam membina bahan untuk pengajaran dan pembelajaran didalam kelas....

Jadi Blog ini akan mempamerkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang akan dihasilkan untuk PnP.

Diharap Semua Dapat Memgunakan Idea yang saya perolehi sama ada dari group di FB, ataupun dari buku dan bahan dari internet yang sesuai digunakan untuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) disekolah.


Sunday, March 15, 2015

Cuti Sekolah Penggal Pertama


Hai semua, cuti sekolah telah pun bermula. Tahun nie cuti sekolah bersantai kat umah je... tak mcm tahun2 yang lain kena g sekolah gak walaupun cuti...heheheh

Jadi cuti nie nak rehatkan minda dan diri selain menyemak kertas ujian pelajar tahun 6....

ada mcm2 plan nak buat....tapi yg penting kemas kini file n kertas ujian dahulu....sambil2 tu blh lah rehat sambil tengok cerita dvd korea....lama dah tak layan korea nie....hehehe...

ok lah selamat bercuti buat semua guru seluruh Malaysia...

Friday, February 27, 2015

PROFIL PPB INDIVIDU UNTUK GURU


SEKARANG PARA GURU YANG SIBUK DENGAN PROFIL PPB INDIVIDU GURU

SAYA ADA MENYEDIAKAN PROFIL UNTUK DIRI SAYA SENDIRI INI CONTOH YANG SAYA BUAT...

SEKIRANYA INDIN MENDAPATKAN NYA BOLEH LAH DAPAT KAT DI PAGE FB KOLEKSI BBM 






Saturday, May 3, 2014

Origami Bunga


Yana repost balik post nie kat blog nie..Post nie sbnrnya kat Blog Yana  yg satu lg Shaz Nz Craft ..
Yana tunjukkan cara-cara buat origami bunga nie...

Origami Bunga
A1


pertama sekali kena ambil kertas warna yang segiempat sama mcm nie...klu nak guna kerta yang depan dan belakang nya mempunyai warna berbeza pun boleh. Tapi sekarang yana guna kertas warna yang depan dan belakang nya sama warna...

A2

Kemudian lipat kan kertas itu seperti gambar A2 diatas. Ia kelihatan seperti segitiga.

A3


Kemudian cantumkan bucu A dan B kepada C. Ianya kan kelihatan seperti gmbar rajah A3

A4


 Selepas itu lipat, bucu DB kepada DE. Seperti gambar A4. 

A5
Ulang langkah yang sama pada bahagian sebelah. Setelah kedua-dua nya dilipat. Ianya akan kelihatan seperti dalam gmbar A5 diatas.

A6


 Kemudian buka lipatan tadi dan tekan ia mengikut garis lipatan supaya ianya kelihatan seperti gmabar A6 diatas. Ulang juag pada bahagain sebelah.

A7
A8


Hasilnya akan seprti gmbar A7 diatas. Kemudian lipat bucu F dan G kedalam. Ianya akan kelihatan seperti Gambar A8 diatas.

A9
A10
Akhir sekali kawan-kawan perlu lah gam terlebih dahulu kelopak itu supaya ianya kelihatan seperti gambar A10 diatas. Untuk medapatkan hasil yang cantik kawan kawan perlu buat sampai lima kelopak dan camtum kan ia seperti bentuk bunga. Hasil nya akan seperti bunga dibawah.


K....selamat mencuba ye....Bagi yg berminat diharap dapat mencubanya....

SHAZ NZ CRAFT: Animal Egg Craft (Kraft Haiwan bentuk telur)

SHAZ NZ CRAFT: Animal Egg Craft (Kraft Haiwan bentuk telur): Assalamualaikum semua.... Hari ini yana kembali dengan Egg Craft heheheh....Nie die Animal Egg Craft yang Murid-Murid Tahun 6 Yana buat...



 

Followers

 
Blogger Templates