Ads 468x60px

Thursday, December 31, 2015

Permulaaan Satu Inovasi Dalam Pendidikan

Inovasi dalam pendidikan....
Inovasi boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah 
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala 
invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang 
dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka 
ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, 
inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan 
pemeliharaan benih. 
Jadi Untuk Menghasilkan inovasi dalam pendidikan para guru harus kreatif dalam membina bahan untuk pengajaran dan pembelajaran didalam kelas....

Jadi Blog ini akan mempamerkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang akan dihasilkan untuk PnP.

Diharap Semua Dapat Memgunakan Idea yang saya perolehi sama ada dari group di FB, ataupun dari buku dan bahan dari internet yang sesuai digunakan untuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) disekolah.


0 comments:

Post a Comment

 

Followers

 
Blogger Templates